Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Tuesday, December 27, 2016

65 Kedai 7–Eleven Di Ipoh Dilengkapi CCTV - Suara Perak

27 Dec 2016

IPOH: Sebanyak 65 buah premis kedai serbaneka 7-Evelen sekitar Ipoh kini dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) Safecam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komissioner Sum Chang Keong berkata, pemasangan itu dibuat oleh kerana ia diyakini dapat membantu mencegah dan menyelesaikan kes jenayah yang berlaku melibatkan kedai serbaneka 24 jam.


“Telah terdapat banyak kes-kes sebelum ini yang melibatkan kedai serbaneka 24 jam dapat diselesaikan melalui rakaman CCTV yang dipasang dalam kedai berkenaan.



“Jadi jika ada cubaan jenayah, semua itu akan dirakam dan pemasangan Safecam ini adalah bertujuan untuk mencegah,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Sticker MoU Safecam PDRM-7 Eleven Daerah Ipoh, pada Selasa.

Beliau berharap agar pihak 7-Eleven akan menjalin hubungan yang lebih rapat dengan pihak polis untuk tujuan pencegahan jenayah.

Tambahnya lagi, pemasangan Safecam itu akan dilakukan di semua daerah selepas program itu dilancarkan di peringkat negeri di Taiping pada 16 Disember lalu.

Indeks Jenayah Di Ipoh Menurun - Suara Perak

27 Dec 2016

IPOH: Kadar indeks jenayah di daerah Ipoh bagi tempoh sebelas bulan pertama tahun ini mencatatkan penurunan kepada 1,957 kes berbanding 2,182 bagi tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata, daripada semua kes itu, polis berjaya menyelesaikan kira-kira 47.52 peratus kes setakat ini.



"Jangan mudah bersikap selesa dengan pencapaian ini sebaliknya perlu menggandakan usaha untuk terus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap Polis DiRaja Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini pada Selasa.

Pada majlis itu, Sum turut menyampaikan surat penghargaan kepada 44 pegawai dan anggota atas komitmen yang ditunjukkan ketika menjalankan tugas membanteras jenayah di daerah ini.

Dalam pada itu, Sum mengingatkan pegawai dan anggota IPD Ipoh supaya tidak sesekali mencuba atau terpengaruh dengan penyalahgunaan dadah kerana ia akan membinasakan kehidupan mereka.

"Walaupun hanya segelintir anggota polis yang terlibat, namun ia perlu ditangani kerana kegiatan yang tidak sihat itu tidak boleh dianggap perkara mudah dan tidak serius," ujarnya.

Beliau juga mahu ketua bahagian dan ketua polis balai termasuk penyelia memainkan peranan serta dan bertanggungjawab ke atas pegawai dan anggota di bawah seliaan masing-masing.

"Mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah perlu diambil tindakan mengikut prosedur operasi standard," katanya.