Monday, November 20, 2017

‘Kekuatan Perpaduan Antara Parti Komponen, Sebab Mengapa Rakyat Masih Memilih BN’ - Perak Today

18 Nov 2017


“Itu merupakan hak mereka dan yang penting, kita telah tunjukkan kepada rakyat bahawa segala usaha kerajaan negeri ini hanyalah untuk rakyat”
Demikian jawapan ADUN Ayer Kuning, merangkap Ketua UMNO Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang yakin kononnya Perak akan jatuh ke tangan pembangkang, dengan strategi pengagihan kerusi antara mereka.
Tambah Samsudin, kekuatan dan perpaduan yang ada dalam parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) ini adalah formula kenapa BN masih mendapat tempat dihati semua pengundi khususnya di Perak.

“(Berbanding dengan pembangkang) kesatuan kita, yang terbina sejak era merdeka sehingga kini ianya sangat konsisten.
“Pada masa sama, (di pihak BN) kita juga tidak mempunyai masalah besar khususnya dalam pengagihan kerusi,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna,NGO dan Masyarakat Sivil.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui di Pesta Cahaya Deepavali  1Malaysia di Dewan Bandaraya Ipoh, dekat sini, pada Sabtu.

No comments: