Kira-kira 8,000 orang mengambil bahagian di dalam Ipoh Car Free Day, yang pertama untuk tahun 2017 dan ke 15 sejak diperkenalkan Oktober 2015.
Program yang bermula sejak mulai jam 7 pagi di Jalan Raja DiHilir itu, turut dihadir Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man dan Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria.
Sesuai dengan tema “Sambutan Tahun Baru Cina” pelbagai acara diadakan seperti senamrobik dengan lagu-lagu Gong Xi Fa Cai oleh PUSPANITA , tarian singa, wushu, gendang Cina, pertandingan mewarna dan permainan kanak-kanak oleh Perpustakaan Negeri Perak, pemeriksaan kesihatan oleh KPJ dan pqmeran kereta perisai oleh PGA Hulu Kinta.
Turut diadakan beca elektrik oleh MICA, uniwheel, howerboard dan scooter oleh Fastrack, Kempen Menjaga Alam Sekitar dan Kitar Semula oleh Ipoh City Watch dan KoHijau, cycle kids dan petting zoo serta pemberian minuman percuma oleh McDonald, Check Huo Coffee dan Ali Cafe.
Menurut Datuk Bandar, program itu akan diteruskan dengan pelbagai tema yang bersesuaian dengan tarikh ia diadakan.
“Kita akan teruskan kerana tujuannya sangat baik, untuk mencapai objektif ke arah sebuah bandar rendah karbon, mengalakkan amalan gaya hidup cergas dan hijau,” ujar beliau.