Pandangan daripada Dr. Richard Ng
Presiden, Pertubuhan Prihatin Bandaraya Ipoh (Ipoh
City Watch)
Merangkap Pengarah Akademik Loyal Academy –
UTMSPACE
Mantan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh
1.
Apakah
penjelasan anda mengenai Model Pembangunan Ekonomi Donat?
Model Pembangunan Ekonomi Donat merupakan satu
konsep ekonomi yang baru yang diketengahkan oleh Profesor Kate Rayworth,
seorang professor ekonomi dari University of Oxford pada tahun 2012 yakni satu
konsep ekonomi yang masih muda lagi yang mungkin masih kurang difahami
masyarakat mahupun dipihak pelaksana.
Konsep ekonomi donat ini bertujuan untuk
menyediakan satu visual rangka kerja pembangunan yang mapan dalam bentuk kuih
donat di mana bulatan dalam mewakili keperluan asas sosial manakala bulatan
luar mewakili siling ekologi. Menurut Rayworth, Pembangunan ekonomi abad kedua
puluh satu perlu mengambil kira pembangunan yang mapan di mana keperluan asas
hidup seperti makanan, perumahan, penjagaan kesihatan serta suara politik semua
orang tidak diabaikan dalam masa yang sama keperluan ini tidak memberi tekanan
dan melangkaui sistem pemeliharaan kesihatan bumi kita seperti cuaca yang
stabil, kesuburan tanah dan perlindungan kepada lapisan ozon.
Dalam bahasa mudah, ekonomi donat memberi penekanan
kepada cabaran pembangunan ekonomi dan kemajuan penduduk supaya berada dalam
zon sempadan dalaman keperluan asas sosial dan sempadan luaran keperluan
ekologi planet. Di dalam zon inilah kita perlu fikir tentang pertumbuhan
Keluaran Negara Kasar (GDP) untuk masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana
ke
arah pencapaian keperluan asas sosial.
Keperluan asas sosial dalam konsep ekonomi donat
ini adalah diilhamkan dari Sasaran Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
atau UN Sustainable Development Goals 2030 yang merangkumi 17 sasaran dan
bertujuan untuk mempastikan tiada seorang pun yang tertinggal dan terpinggir
dari arus pembangunan.
Antara penanda aras yang dicadangkan untuk
keperluan asas sosial dalam ekonomi donat termasuk; Jaminan makanan, Kesihatan,
Pendidikan, Pekerjaan dan Pendapatan, Keamanan dan Keadilan, Suara Politik, Kesamarataan
Sosial, Kesamarataan Jantina, Perumahan, Jaringan Sosial, Tenaga dan Air.
Manakala penanda aras siling ekologi pula
merangkumi; Perubahan Cuaca, Keasidan Lautan, Pencemaran Bahan Kimia,
Penggunaan bahan baja Nitrogen and Fosforan, Penggunaan Air Tawar tanpa
kawalan, Penyalah Gunaan Asal Tanah, Kemusnahan Habitat, Pencemaran Udara, dan
Penipisan Lapisan Ozon.
Walupun siling ekonologi tiada kaitan dengan
keperluan asas sosial namun kesannya amat buruk dan boleh menjejaskan
pencapaian sasarannya. Justeru sebarang pembangunan ekonomi perlu memastikan
ianya tidak hilang kawalan sehingga “terkeluar” dari bulatan luar sambil
memastikan keperluan asas sosial minimum.
Kajian empirical ke atas 150 negara terpilih pada
tahun 2018 menunjukkan bahawa sehingga hari ini belum ada negara yang berjaya
mencapai keperluan asas seperti yang dinyatakan dalam ekonomi donat.
Negeri Perak merupakan negeri pertama di Malaysia
yang menyahut cabaran pelaksanaan Ekonomi Donat di mana Majlis Bandaraya Ipoh
menjadi peneraju pertama dalam kalangan semua Pihak Berkuasa Tempatan.
2.
Bagaimana
model itu boleh dilaksanakan di negeri Perak khususnya Ipoh?
Bagi membolehkan Ekonomi Donat ini dilaksanakan
dengan jayanya adalah penting semua pemegang taruh perlu memahami konsep
tersebut. Kerajaan Negeri Perak telah mempertanggungjawabkan perkara ini kepada
think-tanknya iaitu Institut Darul Ridzuan (IDR) untuk mengkaji pembolehubah
atau ‘variable’ yang boleh memacu ke arah pencapaian keperluan asas sosial. Ini
perlu kemudian diterjemahkan dalam bentuk penanda aras dan pelan tindakan
strategik.
Pihak IDR perlu mengenal pasti semua pemegang taruh
yang terlibat seperti agensi-agensi pelaksana Kerajaan, pihak swasta, ahli
akademik serta NGO yang mempunyai kepakaran tertentu. Ianya kemudian disusuli
dengan sesi percambahan minda yang melibatkan semua pemegang taruh ini. Pelan
Tindakan Strategik kemudian dibangunkan yang memuatkan semua pembolehubah yang
dicadangkan serta sasaran dan penanda arasnya. Ia juga mesti mengenal pasti
pihak yang bertanggungjawab sebagai pelaksana.
Satu ‘Pilot Project’ melibatkan suatu populasi
terpilih kemudian dilaksanakan untuk melihat impaknya serta mencatatkan
sebarang kelemahan yang bakal wujud. Program pelaksanaan ini kemudian boleh
diubahsuai dengan mengambil kira semua maklumanbalas.
Kajian sosio-ekonomi dan demografi perlu dibuat
terlebih dahulu sebelum sebarang penanda aras dibuat. Pegawai pelaksana perlu
memahami secara mendalam apa-apa keperluan asas bagi sesuatu populasi. Apabila Pelan
Tindakan Strategik telah dibangunkan maka Kerajaan Negeri perlu menyediakan
semua system sokongan termasuk keperluan infrastruktur dan kewangan.
3.
Apakah
cabaran pembangunan ekonomi Ipoh dan Perak?
Bandar Raya Ipoh yang ditadbir Majlis Bandaraya
Ipoh adalah merangkumi keluasan tanah lebih dari 64 ribu hektar tanah dengan 55
peratus merupakan hutan simpanan. Terdapat jurang perbezaan yang besar dari
segi GDP penduduk bandar dan kampung. Keperluan asas juga berbeza.
Walaupun Ipoh sedang mengalami pembangunan pesat
namun ia menghadapi pelbagai cabaran menarik pelabur berbanding dengan Pulau
Pinang, Seremban, dan Melaka. Ipoh juga mempunyai banyak bangunan warisan serta
bangunan using.
Kekurangan peluang pekerjaan telah menyebabkan
ramai warganya telah berhijrah keluar dari Ipoh terutamanya ke Singapura, Kuala
Lumpur dan Pulau Pinang. Justeru, terdapat aliran keluar mereka yang
berkemahiran dan berlayakan tinggi.
Ipoh juga telah menjadi tumpuan kepada warga miskin
dan gelandangan di mana adalah dianggarkan sebanyak 20 peratus penduduk kini
menyumbang kepada kemiskinan bandar. Dalam pada itu Ipoh juga mempunyai isu
penuaan di mana adalah dianggarkan sebanyak 10 peratus penduduk telah
menjangkaui usia 65 tahun. Isu warga miskin bandar dan penuaan turut
meningkatkan keperluan penjagaan kesihatan.
Masyarakat Ipoh juga berpecah akibat peninggalan
zaman penjajah British yang menempatkan bangsa berbeza di penempatan yang
berbeza. Kos perumahan yang semakin meningkat tidak lagi mampu dicapai oleh
kebanyakan penduduk tempatan.
Tahap kesedaran Masyarakat terhadap Kelestarian
Alam Sekitar dan Kebersihan di Ipoh masih rendah. Misalnya pada tahun 2017,
Majlis Bandaraya Ipoh melaporkan kadar kitar semula sebanyak 17.5 peratus
berbanding dengan 22 peratus kadar kitar semula nasional seperti yang
dilaporkan oleh pihak SWCorp.
Larangan Penggunaan Plastik Perak pada tahun 2016
juga tidak dapat dilaksanakan sehingga hari ini akibat tekanan dari Persatuan
Pengilang Plastik Malaysia. Tahap kebersihan bandar raya Ipoh belum boleh
dibanggakan akibat penguatkuasaan yang lemah.
Banyak perniagaan terutama dalam sektor pelancongan
seperti perhotelan masih belum pulih dari pandemik covid sehingga kini.
Semua faktor ini mempengaruhi pelaboran dan
seterusnya menjejaskan Pembangunan ekonomi. Ini sudah tentu menjejaskan
pencapaian keperluan asas sosial.
4.
Apakah
kejayaan / contoh terbaik Model Pembangunan Ekonomi Donut yang boleh dirujuk
atau diikuti oleh negeri Ipoh & Perak?
Satu kejayaan ekonomi donat yang boleh dicontohi
adalah seperti yang dilaksanakan di bandar raya Amsterdam pada bulan Apri 2020.
Bandar raya ini pada mulanya mempunyai cita-cita yang besar dalam pembangunan hartanahnya
demi menyediakan kehidupan berkualiti kepada penduduk.
Akan tetapi pihak berkuasa Amsterdam telah
mendapati bahawa terdapat 20 peratus dari penduduknya tidak mampu membayar sewa
rumah. Manakala 12 peratus daripada 60 ribu pemohon rumah mampu milik berjaya
dala permohonan mereka. Untuk menyediakan banyak lagi rumah mampu milik, pihak
berkuasa Amsterdam perlu membangunkan tanah mereka dan ini menjejaskan
kelestarian alam sekitar dan meningkatkan jejak karban.
Dengan konsep ekonomi donat, keseimbangan dapat
dicari bagi memenuhi keperluan asas sosial tanpa menjejaskan ekologi planet.
Kejayaan Amsterdam telah dicontohi oleh bandar raya lain seperti Copenhagen,
Brussels, Dunedin (New Zealand), dan Nanaimo (British Colombia).
Justeru, inisitif Kerajaan Perak dan Majlis
Bandaraya Ipoh adalah suatu Langkah bijak bagi mempastikan tiada warga Perak
amnya dan warga Ipoh khasnya terpinggir dan tersisir dari arus Pembangunan
sambil memastikan planet kita sihat.
5.
Apakah
catalyst / pemangkin utama Ipoh/Perak utk menjayakan model ekonomi Donut.
Kejayaan di Amsterdam telah membuktikan bahawa
pelaksaannya mesti melibatkan semua agensi Kerajaan dan pemegang taruh. Ia juga
perlu dibuat perancangan yang rapi dengan pelan tindakan strategik yang kemas
mengambil kira semua pembolehubah keperluan asas sosial sambil memastikan
keperluan ekologi kita.
Pelaksanaannya juga perlu tertumpu kepada satu zon
tertentu atau populasi pilihan sehingga ianya berjaya. Ia kemudian disusuli
dengan suatu model pelaksanaan tempatan yang perlu diubahsuai mengikut
populasi.
Semua pihak dan pemegang taruh mesti berkomited
dalam usaha ini dan memberi tumpuan sepenuhnya tanpa kepentingan peribadi.