Tuesday, September 30, 2025

Pertandingan Membuat Tanglung, Pertanding Mewarna dan Perarakan Tanglung di AEON Mall Station 18

 Loyal Academy dan Lions Club of Perak bersama AEON Mall Station 18 akan menganjurkan Pertandingan Membuat Tanglung, Pertanding Mewarna dan Perarakan Tanglung di AEON Mall Station 18 pada 5 Oktober 2025 bermula dari jam 10.00pg hingga 9.30mlm.

Pertandingan membuat tanglung terbuka kepada orang ramai tanpa had umur. Hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan akan disediakan kepada 3 pemenang serta 10 pemenang saguhati. Pemenang tempat  pertama, kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM1,000, RM300 dan RM200 manakala 10 hadiah saguhati beruapa wang tunai RM100 setiap orang. Semua tanglung perlu disiapkan di rumah dan dibawa ke AEON Mall Station 18 seawal 4 Okt dari jam 3ptg hingga 10mlm atau pada 5 Okt dari jam 10pg hingga 2ptg. Pertandingan kan bermula dari jam 2.30ptg hingga 4.30ptg,

Bagi pertandingan mewarna, ianya terbuka kepada kanak-kanak berumur dari 5 tahun hingga 10 tahun sahaja. Mereka yang ber minat boleh hadir untuk mendaftar. Pertandingan akan bermula dari jam 2.30ptg hingga 3.30ptg. Pertandingan mewarna menawarkan hadiah wang tunai dan sijil penyertaan kepada tiga peserta terbaik dan 10 saguhati. Pemenang tempat  pertama, kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM200, RM150 dan RM100 manakala 10 hadiah saguhati beruapa wang tunai RM50 setiap orang. Peserta akan dibekalkan dengan kertas mewarna tetapi perlu membawa alat mewarna sendiri.

Keputusan pertandingan akan diumumkan pada jam 5ptg di tingkat bawah AEON Mall Station 18. 

Sementara pertandingan dilangsungkan  

No comments: