Tuesday, September 18, 2018

Ride With The Boss with YB Kula


11 August 2018

Program “Ride With The Boss” anjuran Ipoh City Watch dan KOHIJAU dengan kerjasama CYCLEDIOS bertujuan untuk memupuk gaya hidup yang sihat di samping menjalin hubungan silaturrahim di kalangan perbagai penduduk di Malaysia khasnya Warga Ipoh. Ia diadakan setiah hari Sabtu kedua setiap bulan. Ini merupakan siri kedua selepas ianya dilancarkan pada  kali pertama pada 14 Julai 2018.

Bermula di Pejabat Cycledios di Kinta Riverwalk, kayuhan basikal sejauh 3.5km ini akan membawa peserta mengelilingi bandar Ipoh di sepanjang trek yang disediakan khas untuk basikal di Jalan Lim Bo Seng, kemudian ke Jalan Raja Musa Aziz terus menuju ke Taman DR Seenivasagam sebelum kembali ke Kinat Riverwalk.

Pada siri kedua ini, YB M. Kula, Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Ipoh Barat telah sudi hadir bersama warga Ipoh. Pada edisi ini yang diadakan sempena bulan kemerdekaan, sebelum kayuhan bermula, para peserta sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan serta lagu patriotik dalam suasana muhibah.

Kayuhan basikal secara beramai-ramai ini boleh memupuk talian persaudaraan berbagai kaum di Malaysia yang hidup dalam keadaan harmoni seperti saranan tema Hari Kebangsaan Tahun ini iaitu Sayangi MalaysiaKu. Sambil berbasikal kita juga boleh menyebarkan mesej kepada masyarakat untuk sama-sama menjaga kebersihan dan melonjakkan Ipoh sebagai bandar terbersih di Malaysia.

Program Kayuhan Basikal “Ride With The Boss” kali ini adalah berbeza dengan siri pertama di mana peserta akan juga menjalankan “Plogging on Wheels” yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peri pentingnya menjaga kebersihan bandar Ipoh yang sekarang ini telah menarik ramai pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara sejak Lonely Planet mengiktiraf Ipoh sebagai salah sebuah daripada 10 buah negara yang mesti dilawati di Asia.

Adalah penting untuk kita sama-sama menjaga kebersihan bandar Ipoh di mana masyarkat mestilah mengamalkan budaya “Kebersihan Bandar Kita Tanggungjawab Kita Bersama”. Bandar yang bersih sudah tentu akan memberi nilai tambah kepada Ipoh yang memang sudah terkenal dengan berbagai tarikan seperti makanan yang enak, bangunan bersejarah, gua-gua tokong, lukisan mural serta taman rekreasi.

Konsep “Plogging on Wheels” anjuran Ipoh City Watch ini membolehkan kita mengutip sampah sambil kita kayuh basikal. Ini satu amalan yang baik kerana ia dapat melahirkan rasa tanggungjawab kita kepada kebersihan alam sekitar selaras dengan slogan Ipoh City Watch iaitu “Our City Our Responsibility”.

Program ini juga boleh menggalakkan orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui kayuhan basikal. Bukan sahaja ia menjadi satu bentuk senaman dan aktiviti riadah tetapi juga membantu Ipoh menjadi sebuah bandar rendah karban bagi mengurangkan kesan gas rumah hijau yang memberi impak kepada pemanasan global.

Bagi menggalakkan orang ramai mengamalkan budaya kitar semula bagi membantu menjaga alam sekitar, Sistem Mata Ganjaran Kitar Semula KOHIJAU-ICYCLE turut dilancarkan oleh YB M. Kula. Tong ini yang diletak di Kinta River Walk membolehkan orang ramai dan pengunjung menyumbang bahan kitar semula dan menerima mata ganjaran setelah mereka berdaftar sebagai ahli kitar semula KOHIJAU-ICYCLE.  Mata ganjaran yang dikumpul ini kemudian boleh ditebus dengan wang tunai, kupon untuk membei barangan keperluan dapur ataupun didermakan kepada badan amal.

Menurut Presiden Ipoh City Watch dan KOHIJAU, Prof. Dr. Richard Ng, “sehingga kini, KOHIJAU telah melancarkan lebih dari 71 tong diseluruh Perak. Seramai 7,000 telah berdaftar menjadi ahli dan menyumbang kepada lebih dari 80,000 kg bahan kitar semula yang terdiri daripada kertas, tin atau pun plastik sejak sistem itu dijalankan pada bulan September 2016.”

Kata Dr. Richard Ng lagi, “Kami ingin menjadikan bandar raya Ipoh, bandar yang menjadi pilihan utama orang ramai di Malaysia atau “the most lievable city in Malaysia” yang mempunyai ciri-ciri bersih, hijau, sihat, selamat, mempunyai system pengangkutan yang efisyen serta memegang kepada Sustainable Development Goal 17 atau Sasaran Pembangunan Mampan 17 seperti saranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

YB M. Kula mengucapkan syabas kepada Ipoh City Watch dan KOHIJAU kerana membantu kerajaan mendidik masyarakat tentang peri pentingannya menjaga kebersihan serta amlan budaya kitar semula.

Beliau turut menyarankan kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh untuk menyediakan lebih banyak laluan basikal yang selamat di seluruh Ipoh terutama di kawasan tarikan pelancong untuk mempromosikan amalan kayuhan basikal terutama kepada pengunjung sambil membolehkan pelancong menghayati struktur bangunan bersejarah serta lukisan mural yang ada di sekitar Ipoh. 

Beliau juga mengucapkan syabas kepada syarikat Cycledios yang menyediakan basikal secara sewaan melalui app. Ini dapat memudahkan orang ramai meletakkan kereta mereka di satu tempat di pinggir Ipoh dan kemudian mengayuh basikal ke bandar. Dengan cara ini bukan sahaja masyarakat menjadi lebih sihat tetapi juag dapat mengurangkan kesesakan jalan terutama pada hujung minggu.

No comments: