Pelancaran Program Kitar Semula di SK Bakap, Batu Gajah pada 14 November 2015 merupakan program kitar semula keempat buat Ipoh City Watch selepas Jelapang Tambahan, Buntong dan Taman Lim. Akan tetapi ini adalah program kitar semula di luar Ipoh. Program ini adalah hasil usahasama dengan Persatuan Prihatin Wanita Perak yang diterajui Datin Normah.
Program ini telah dilancarkan secara rasminya oleh YB Dato Nolee Ashilin Binti Dato' Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan & Kebudayaan Perak merangkap ADUN Sekah.
Selepas majlis perasmian, YB Dato Nolee mengetuai para peserta untuk menandatangani komitmen ke arah Kitar Semula demi bumi tercinta dan generasi akan datang. Seramai 100 orang yang terdiri dari ibubapa, pelajar dan guru-guru telah hadir untuk menyaksikannya.
Pengerusi Ipoh City Watch, Prof. Madya Dr. Richard Ng, turut dijemput untuk menyampaikan taklimat mengenai faedah dan cara untuk membudaya kitar semula serta pengasingan sisa pepejal. Turut memberi taklimat Pegawai AADK Batu Gajah mengenai bahaya najis dadah..
No comments:
Post a Comment