Tuesday, December 27, 2016

65 Kedai 7–Eleven Di Ipoh Dilengkapi CCTV - Suara Perak

27 Dec 2016

IPOH: Sebanyak 65 buah premis kedai serbaneka 7-Evelen sekitar Ipoh kini dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) Safecam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komissioner Sum Chang Keong berkata, pemasangan itu dibuat oleh kerana ia diyakini dapat membantu mencegah dan menyelesaikan kes jenayah yang berlaku melibatkan kedai serbaneka 24 jam.


“Telah terdapat banyak kes-kes sebelum ini yang melibatkan kedai serbaneka 24 jam dapat diselesaikan melalui rakaman CCTV yang dipasang dalam kedai berkenaan.



“Jadi jika ada cubaan jenayah, semua itu akan dirakam dan pemasangan Safecam ini adalah bertujuan untuk mencegah,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Sticker MoU Safecam PDRM-7 Eleven Daerah Ipoh, pada Selasa.

Beliau berharap agar pihak 7-Eleven akan menjalin hubungan yang lebih rapat dengan pihak polis untuk tujuan pencegahan jenayah.

Tambahnya lagi, pemasangan Safecam itu akan dilakukan di semua daerah selepas program itu dilancarkan di peringkat negeri di Taiping pada 16 Disember lalu.

No comments:

Post a Comment